Thursday, September 22, 2011

Business Computing

hello y'all.. sekarang ni aku dah selamat menjadi mahasiswi UNITEN.. so far ok la duduk sini.. tapi sebab tempat ni kat muadzam kan so hurm apeee la ade kat muadzam ni kan.. huhu.. tapi bila pikir-pikir balik ok jugak.. life kat sini pegi class, makan, tengok drama korea and tidur.. kalau aku dapat kat Uni yang tengah-tengah bandar tu sudah semestinya la tak lekat kat bilik kan..

sekarang ni kat dalam lab utk subjek business computing.. hari ni Sir tak ajar apa-apa.. so keja kiteorg kat dalam ni online je la kejenya.. oh2! lupa nak cerita.. actually budak finance and business admin gabung kelas.. total sume cuma ada 22 orang.. da la dulu waktu form 4 and 5 kelas aku ada 16 orang je.. msuk zaman uni ni pun dapat kelas yg bilangannya sangat sedikit.. haiiiih, nasib badan.. terima je la kan..

kat sini kiteorang tinggal mcm kat apartment.. 1 apartment ada 2 bilik.. 1 bilik 2 orang.. alhamdulillah selesa sangat kot berbanding kawan-kawan lain yang kena duduk dorm la apa sume tu kan.. so far housemate aku ok la.. boleh masuk la.. takde lagi la benda yang kiteorang rase tak sekepala.. kiteorang berempat ni kalau borak memang orang ingat dalam rumah tu ada 10 orang kot.. nama housemate aku wani, yasmin and fatin.. alhamdulillah dapat housemate yang baik.. :)

nak cerita about orientation week but nanti berjela pulak entry ni kan.. next entry la i story mory kat korang yer.. (macamkan ada orang baca je kan.. :D )