Thursday, September 22, 2011

Business Computing

hello y'all.. sekarang ni aku dah selamat menjadi mahasiswi UNITEN.. so far ok la duduk sini.. tapi sebab tempat ni kat muadzam kan so hurm apeee la ade kat muadzam ni kan.. huhu.. tapi bila pikir-pikir balik ok jugak.. life kat sini pegi class, makan, tengok drama korea and tidur.. kalau aku dapat kat Uni yang tengah-tengah bandar tu sudah semestinya la tak lekat kat bilik kan..

sekarang ni kat dalam lab utk subjek business computing.. hari ni Sir tak ajar apa-apa.. so keja kiteorg kat dalam ni online je la kejenya.. oh2! lupa nak cerita.. actually budak finance and business admin gabung kelas.. total sume cuma ada 22 orang.. da la dulu waktu form 4 and 5 kelas aku ada 16 orang je.. msuk zaman uni ni pun dapat kelas yg bilangannya sangat sedikit.. haiiiih, nasib badan.. terima je la kan..

kat sini kiteorang tinggal mcm kat apartment.. 1 apartment ada 2 bilik.. 1 bilik 2 orang.. alhamdulillah selesa sangat kot berbanding kawan-kawan lain yang kena duduk dorm la apa sume tu kan.. so far housemate aku ok la.. boleh masuk la.. takde lagi la benda yang kiteorang rase tak sekepala.. kiteorang berempat ni kalau borak memang orang ingat dalam rumah tu ada 10 orang kot.. nama housemate aku wani, yasmin and fatin.. alhamdulillah dapat housemate yang baik.. :)

nak cerita about orientation week but nanti berjela pulak entry ni kan.. next entry la i story mory kat korang yer.. (macamkan ada orang baca je kan.. :D )

Monday, September 12, 2011

Fasa baru dalam hidup..

Hello guys.. Sorry lama menyepi.. Malam ni nak share sikit perasaan aku.. Esok akan bermula satu fasa baru dlm kehidupanku.. Esok aku kena daftar kat uniten muadzam.. Pejam celik pejam celik sekejap je masa berlalu.. Tup tup dah nak masuk universiti.. 

Perasaan aku malam ni? Exsited, sedih, takut semua ada.. Tapi yg penting sedih tu mmg sedih la kan.. Aku ni mane la penah berpisah ngan family.. Ni first time kot.. Tu yg feeling ngader sikit tu.. Hahahaha..

So esok keluarga aku semua kecuali along and abg hengky's family je yg tak dapat hantar aku.. Yang lain sume insyaallah ada.. Esok bertolak dari kuantan pukul 6.00 pagi.. Sbb registiration start pukul 8.30 until 10.30 pagi.. Wuwuwuwu.. Wish me luck okeyh..

Dulu kan aku ada maid.. Skrg maid aku dah tak ada.. Mak pulak sejak2 aku nak pegi ni asyik sakit kaki.. Aku risau sgt nnt siapa nak tolong mak buat keje rumah? Benda ni sebenarnya yg buat aku berat hati nak tinggal rumah.. Lagi pun aku ngan mak memang rapat gile selama ni.. Dialah mak.. Dialah bestfriend.. Dialah segala-galanya.. So bila nak berpisah ni rasa dia lainnnnn sangat! :'(